Sorting by

×

SISTEM PENGURUSAN DATA: STRATEGI TRANSFORMASI DIGITAL MCORP

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERI NEGERI 2 FEBRUARI – Sistem Pengurusan Data (SPD) dibangunkan Perbadanan Melaka (MCROP) menjadi satu daripada 35 inisiatif H.E.M.A.T. yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Pegawai Operasi MCORP, Muhammad Ridzwan Yap Abdullah berkata, SPD membantu pihaknya menguruskan semua aset milik perbadanan itu seperti lot tanah dan rumah secara lebih cekap, tersusun serta eifisien.

Katanya, berpandukan data dikumpul dalam SPD ia memudahkan kepimpinan MCORP melakukan perancangan pembangunan, sekali gus terus menjadi pemangkin pembangunan ekonomi Negeri Melaka.

“Menggunakan SPD kita boleh tahu data tepat contoh rekod mengenai rumah kedai, jumlah yang sudah disewa dan masih kosong. Ini bukan sekadar inisiatif tetapi salah satu strategi MCORP dalam menuju kearah pengurusan secara digital pada masa akan datang.

“Setakat ini SPD hanya boleh diakses oleh kakitangan MCORP sahaja. Sekarang kita sedang membangunkan SPD 2.0 yang lebih efektif dan mesra, mungkin selepas ini ada data boleh dikongsi kepada umum, kerana sistem dibangunkan menggunakan kepakaran dalam MCORP ini juga mampu menjadi medium pengiklanan yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas pelaksanaan inisiatif SPD daripada JPA yang disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad pada Majlis Amanat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Tahun Baharu 2025 bertemakan Melaksanakan Amanah, Memacu Reformasi di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Datuk Khairul Azreem Mamat, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh, ketua jabatan negeri serta persekutuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

502
Kongsi :
Previous post MBMB KUMPUL LEBIH 14 TAN BARANG KITAR SEMULA
Next post KERETA LEMBU, WARISAN MELAKA YANG MASIH ‘BERNYAWA’