Sorting by

×

MELAKA PERHEBAT PROMOSI PELANCONGAN DI INDIA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 8 Februari – Kerajaan Negeri menerusi Tourism Melaka memperluas jaringan promosi strategik pelancongan Melaka menerusi penyertaan pada pameran Outbound Travel Market (OTM) 2026 di Mumbai, India.

Pengurus Besar Tourism Melaka Nasrul Ahmad berkata, OTM merupakan antara platform terbaik bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan khususnya untuk pasaran Asia Selatan khususnya India.

“Pameran selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Februari itu membabitkan penyertaan 70 organisasi mewakili pemain industri pelancongan Malaysia.

“Penglibatan agresif Melaka di OTM2026 adalah sebagai satu daripada wadah penting untuk membina jaringan perniagaan dan pelancongan dalam kalangan ejen.

“OTM2026 juga membolehkan agen pelancongan meninjau Melaka sebagai antara destinasi pilihan untuk penganjuran pelbagai acara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa,’ katanya.

Menurutnya, menerusi penglibatan OTM2026 Melaka secara tidak langsung dapat meningkatkan ‘visibility’ dalam pasaran India dengan mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan terunggul.

“Ini berdasarkan kekuatan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO termasuk ekopelancongan, ‘adventure tourism’, ‘wellness tourism’ dan pelancongan pengalaman.

“Penyertaan Negeri Melaka di bawah Astaka Malaysia yang diuruskan Tourism Malaysia turut disertai pejabat pelancongan negeri lain antaranya Sabah, Sarawak dan Selangor,” katanya.

Jelas Nasrul, sebanyak 70 organisasi daripada industri pelancongan Malaysia mengambil bahagian dalam pameran yang berlangsung di Jio International Convention Centre, Mumbai, India.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

374
Kongsi :
Previous post MELAKA PERUNTUK RM4.4 JUTA PERKASA KESIHATAN RAKYAT
Next post MELAKA ANJUR SEMINAR ANTARABANGSA MARITIM, KUPAS PENEMUAN ‘KAPAL PURBA’