Sorting by

×

DUA BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SEMINGGU LEBIH AWAL

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 7 Februari – Dua Bazar Aidilfitri di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan beroperasi seminggu lebih awal berbanding jadual biasa susulan cuti umum empat hari berturut-turut di Melaka bermula 17 Februari ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman, berkata secara keseluruhan, sebanyak 19 Bazar Ramadan dan dua Bazar Aidilfitri diluluskan untuk beroperasi di kawasan pentadbiran MBMB tahun ini.

Katanya, dua Bazar Aidilfitri iaitu di Klebang dan Banda Hilir akan beroperasi seminggu lebih awal berikutan cuti panjang di Melaka melibatkan cuti umum Tahun Baharu Cina, diikuti cuti awal Ramadan dan cuti Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Melaka.

“Pembukaan awal Bazar Aidilfitri ini dibuat bagi memberi peluang kepada peniaga mencari rezeki tambahan, selain memudahkan orang ramai membuat persiapan lebih awal menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Negeri Melaka Tahun 2026 di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, taklimat tersebut dirasmikan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

406
Kongsi :
Previous post KAPAL TANGKI BAWA 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN MELAKA
Next post ‘DEMI PAYA RUMPUT’ BAWA LIMPAHAN BUAT 91,000 PENDUDUK 42 TAMAN, 12 KAMPUNG