Sorting by

×

KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TANJUNG BIDARA 9 Februari – Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164 juta pada 2025.

Ketua Menteri berkata, perkara itu turut melibatkan peningkatan jumlah penerima kepada 34,000 orang berbanding 30,000 pada tahun lalu.

“Ini menunjukkan satu perkara yang jelas, peruntukan kebajikan Negeri Melaka bukan berkurang, tetapi terus bertambah dari tahun ke tahun.

“Saya ingin memberi jaminan, perhatian Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat tidak akan terhenti di majlis ini sahaja. Selagi ada rezeki negeri, selagi itulah kita akan berkongsi bersama rakyat. Saudara saudari sekalian,

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 Parlimen Masjid Tanah di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti negeri Datuk kalsom Noordin; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim, Dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Yang turut hadir Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka Halyjah Muhamad.

Ab Rauf berkata, mengambil semangat Tahun Kuda, semua diminta bersama-sama melangkah ke hadapan dengan lebih berani, lebih cekal dan lebih pantas, namun dalam masa yang sama, kekal bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Semoga semangat ketabahan dan keberanian ini menjadi pemangkin kepada usaha Kerajaan Negeri untuk terus bekerja keras, memastikan setiap keluarga di Melaka merasai nikmat pembangunan secara adil dan menyeluruh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

519
Kongsi :
Previous post BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
Next post PARAS 3 EMPANGAN MELAKA MASIH STABIL, BELUM ADA KEPERLUAN CATU AIR