Sorting by

×

MELAKA TERUSKAN KEMASUKAN PERCUMA PRODUK PELANCONGAN, TARIKH DITANGGUH KE 31 OGOS

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 10 Februari – Melaka meneruskan inisiatif kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih sempena Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Februari.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman bagaimanapaun berkata, memandangkan cuti umum tanggal 20 Februari tahun ini jatuh dalam tempoh bulan Ramadan, inisiatif itu akan ditangguhkan ke 31 Ogos 2026.

Jelas beliau, perubahan tarikh itu adalah bagi memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan dalam suasana lebih kondusif dan sesuai untuk semua pengunjung, selain menghormati bulan mulia bagi umat Islam.

“Untuk makluman, tahun 2026 merupakan tahun ketiga pelaksanaan inisiatif ini yang dilaksanakan bersempena cuti umum Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Banda Hilir pada 20 Februari 1956.

“Inisiatif ini merupakan lambang usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan penghargaan terhadap sejarah kemerdekaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Razak menjelaskan, penangguhan itu bukanlah suatu pembatalan, sebaliknya ia merupakan penyesuaian strategik, selain tarikh gantian yang ditetapkan pada 31 Ogos juga jatuh pada cuti umum sempena Sambutan Hari Kebangsaan, sekali gus selari dengan usaha Kerajaan Negeri menyemarak semangat patriotik.

Beliau berkata, perincian lanjut mengenai senarai produk pelancongan terlibat serta mekanisme pelaksanaan akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

397
Kongsi :
Previous post MPJ MANFAATKAN TEKNOLOGI DIGITAL, AI TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN 
Next post 5 MOTOSIKAL, 10 BASIKAL MENANTI WARGA PAYA RUMPUT