
‘PAYA RUMPUT RUMAH KITA’, SLOGAN KERAMAT SATUKAN 91,000 RAKYAT
PAYA RUMPUT 17 Februari – ‘Demi Paya Rumput’ dan ‘Paya Rumput Kampung Kita’ bukan slogan biasa, tetapi kata keramat sarat dengan mesej mendalam mampu menyuburkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin amat berharap agar semua penduduk DUN Paya Rumput menghayati kedua-dua slogan berkenaan dengan sepenuh jiwa.
Menurutnya, kata keramat itu juga diharap akan mengukuhkan lagi rasa kekitaan dan sikap cakna dalam kalangan penduduk DUN Paya Rumput.
Katanya, slogan dipilih bukan sekadar ‘catchy’ atau sedap didengar tetapi apa yang penting tidak putus menjadi sebutan di bibir orang Paya Rumput, sekali gus mencapai objektif perpaduan dan semangat kekitaan yang mahu disemai dalam jiwa semua rakyat.
“Slogan ini terhasil berdasarkan hasrat dan inspirasi saya untuk mengeratkan hubungan rakyat di DUN ini, apabila semangat kekitaan itu subur perasaan curiga antara satu sama lain akan terhapus, semua orang bersatu untuk kebaikan komuniti.
“Rakyat bersatu melaksanakan apa sahaja inisiatif untuk kebaikan semua dan saya sebagai pemimpin membantu menyediakan keperluan dan melancarkan urusan mencapai objektif itu, demi manfaat Paya Rumput.
“Semua diharap memainkan peranan demi DUN Paya Rumput yang lebih makmur, mereka ada di dalam saya dan saya ada di dalam mereka, kita menjadi sebahagian daripada masing-masing,” katanya dalam wawancara khas bersama Melaka Hari Ini sempena Karnival Demi Paya Rumput.
Rais yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, ‘rumah kita’ juga amat kena dalam konteks DUN Paya Rumput yang memiliki tujuh kampung tradisional dan 42 taman perumahan.
Jelasnya proses pembandaran DUN Paya Rumput akan berterusan dengan pertambahan taman perumahan hasil ledakan ekonomi, tetapi pada masa yang sama nilai-nilai sentimental ada pada kampung tradisional perlu terus di pelihara untuk tatapan generasi akan datang.
Mengulas lanjut Rais berkata, berikutan itu penggunaan rumah kita untuk membangkitkan semangat kekitaan amat sesuai dan memperikan impak lebih berkesan serta meluas.
“Harapan saya kedua-dua slongan atau ‘tagline’ ini terus berkekalan sebagai simbol perpaduan penduduk di DUN Paya Rumput,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


