Sorting by

×

PELABURAN KE MELAKA CECAH TERTINGGI DALAM 20 TAHUN – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 8 Mac – Nilai pelaburan yang direkodkan di Melaka mencatatkan pencapaian tertinggi dalam tempoh 20 tahun apabila mencecah RM14.8 bilion.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pencapaian itu membuktikan Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelabur hasil usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam menarik pelaburan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Saya ingin memaklumkan bahawa sejak saya memimpin Melaka, pelaburan yang masuk ke negeri ini telah mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 20 tahun iaitu sebanyak RM14.8 bilion yang disahkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat di Seri Bendahara di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Rais Yasin; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Senator Datuk Dr. Mustafa Musa; Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Mohd Ridwan Mohd Ali; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan serta kenamaan lain.

Tambah beliau, usaha membawa pelaburan dan pelancongan ke negeri ini perlu berjalan seiring dengan usaha memelihara keharmonian serta kemasyarakatan dalam kalangan rakyat.

“Justeru itu, saya mengingatkan pemimpin masyarakat agar sentiasa berada dekat dengan rakyat dan bukan sekadar muncul ketika diperlukan.

“Kita tidak boleh sekadar menjadi pemimpin yang hadir ketika diperlukan, tetapi perlu sentiasa berada di tengah-tengah rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2482
Kongsi :
Previous post SUMBANGAN AIDILFITRI HARGAI PERANAN PEMIMPIN MASYARAKAT
Next post MAIM TERUS PERKASA USAHAWAN ASNAF, GALAK TEROKA PASARAN BAHARU