Sorting by

×

MELAKA CATAT NILAI PELABURAN TERTINGGI DALAM 22 TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 9 Mac – Melaka terus melakar pencapaian membanggakan dalam sektor pelaburan apabila berjaya memecah rekod selama 22 tahun.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan kejayaan negeri ini mencatat nilai pelaburan RM14.68 bilion merangkumi 312 projek diluluskan bagi tahun 2025.

Jelas beliau, pencapaian itu direkod hasil data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Saya amat bersyukur kerana pelaburan ini dijangka bakal mewujudkan sebanyak 4,612 peluang pekerjaan khususnya buat anak-anak Melaka.

“Inilah bukti bahawa… apabila amanah dipikul dengan tekad dan dilaksanakan dengan kesungguhan, ditambah pula kerajaan yang mentadbir hari ini membawa kestabilan dalam setiap aspek khususnya ekonomi.

“Akhirnya hasil itu bukan sahaja mengangkat kemajuan negeri, malah membawa limpahan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mac 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ab Rauf, kejayaan itu juga mencerminkan keyakinan pelabur terhadap komitmen Negeri Melaka yang menyediakan pelbagai fasiliti dan bantuan selari dengan dasar mesra pelaburan.

Pada masa sama, ujar beliau, komitmen negeri melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir menerusi pemerkasaan TVET juga menjadi antara faktor negeri bersejarah ini mendapat perhatian pelabur dari seluruh dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

256
Kongsi :
Previous post RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT PADA 28 MAC
Next post MELAKA SANTUNI LEBIH 26,000 ASNAF SEMPENA RAMADAN