Sorting by

×

MELAKA SANTUNI LEBIH 26,000 ASNAF SEMPENA RAMADAN

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 9 Mac – Lebih 26,000 asnaf telah disantuni Kerajaan Negeri sempena Ramadan tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Menurut beliau, santunan itu membabitkan asnaf fakir, miskin dan mualaf dengan sumbangan bantuan peruntukan berjumlah RM12.24 juta.

“Manakala, bagi persiapan Aidilfitri pula, Kerajaan Negeri turut menyalurkan Bantuan Syawal berjumlah RM1.8 juta kepada 11,351 orang penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mac 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ketua Menteri, usaha itu menjadi manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri menyantuni kebajikan rakyat khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

“Inilah roh sebenar gagasan Melaka Sayang Rakyat, iaitu setiap hasil pembangunan negeri mesti diterjemahkan kembali kepada manfaat yang benar-benar dapat dirasai oleh rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

417
Kongsi :
Previous post MELAKA CATAT NILAI PELABURAN TERTINGGI DALAM 22 TAHUN
Next post AIDILFITRI: HAMPIR 40,000 PARKIR PERCUMA DI MELAKA SELAMA 7 HARI