Sorting by

×

AIDILFITRI: HAMPIR 40,000 PARKIR PERCUMA DI MELAKA SELAMA 7 HARI

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 9 Mac – Melaka bersetuju memberikan parkir percuma kepada rakyat dan pelancong selama tujuh hari sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu melibatkan 39,696 petak parkir empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Jelas beliau, inisiatif itu adalah sebagaimana yang diumumkan pada Bajet Negeri Melaka 2026 yang dibentangkan hujung tahun lalu.

“Inisiatif ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM901,297,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mac 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata, dianggarkan lebih 301,950 kenderaan akan memasuki Melaka sempena perayaan kali ini.

“Oleh itu, saya mahu agensi-agensi penguatkuasa memastikan penyuraian trafik sepanjang musim perayaan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar demi keselamatan serta keselesaan orang ramai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

773
Kongsi :
Previous post MELAKA SANTUNI LEBIH 26,000 ASNAF SEMPENA RAMADAN
Next post MELAKA MAJUKAN LEBIH 432 EKAR TANAH ADAT