Sorting by

×

TUN DR MOHD ALI. SANTUNI PENJAWAT AWAM PADA MAJLIS IHYA RAMADAN

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 10 Mac – Lebih 2,000 penjawat awam Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka 2026 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba pada jam 7.20 malam.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Majlis Ihya Ramadan tersebut diadakan bagi menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan penjawat awam di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara barisan kepimpinan negeri dan warga perkhidmatan awam.

Terdahulu, kesemua penjawat awam turut menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mac 2026 yang diadakan di lokasi sama.

Perhimpunan tersebut diadakan bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Ketua Menteri berkaitan hala tuju pentadbiran Kerajaan Negeri serta peranan penjawat awam dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

430
Kongsi :
Previous post TUN DR. MOHD ALI MOREH BERSAMA PENGAMAL MEDIA MELAKA
Next post PENJAWAT AWAM MELAKA SAMBUT BAIK CUTI LANJUTAN, TANDA KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI