
MPHTJ PASANG LAMPU HIASAN, CERIAKAN SUASANA SEMPENA AIDILFITRI
AYER KEROH 11 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sedang giat memasang lampu hiasan di lokasi tumpuan dan jalan masuk utama ke Bandaraya Melaka bertujuan menaikkan ‘mood’ serta menceriakan suasana sempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datuk Sapiah Haron berkata, pemasang lampi di lokasi sudah dikenal pasti itu kini berada pada peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Aidilfitri.
“Selain pemasangan lampu hiasan kami turut mengutamakan aspek kebersihan dan mengindahkan landskap di lokasi sudah ditentukan, semuanya bagi memberikan keselesaan dan menaikkan mood raya khusus bagi menyambut kepulangan perantau atau pelancong bercuti ke Melaka
“Bagi memastikan semua persiapan menyambut Aidilfitri ini berada dalam keadaan baik pegawai bertugas melakukan pemantuan dari semasa ke semasa, kami mahu bersama-sama menceriakan Aidilfitri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mac 2026 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) Datuk Mohamad Azmi Sabtu; ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


