Sorting by

×

LOT KEDAI ‘VIBE’ ANAK MUDA DI TENGAH BANDAR

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 11 Mac – Sebuah lot kedai di kawasan tumpuan pelancong di Pulau Melaka membuka peluang buat usahawan mengembangkan perniagaan dengan kadar sewaan terendah.

Terletak di lokasi cukup strategik, lot kedai berwarna-warni itu menawarkan bangunan berkeluasan kira-kira 1,450 kaki persegi.

Aset milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) itu dilihat berpotensi tinggi memandangkan kedudukannya berhampiran kawasan pelancongan dan komersial seperti Harbour Street Market serta pusat beli-belah terkemuka iaitu Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.

Menurut CMI, kadar sewaan dibuka dengan harga serendah RM667 sebulan sahaja namun penyewa perlu menyewa sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun.

Selain persekitaran yang kondusif dan mesra perniagaan, unit berkenaan turut dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, lot parkir yang banyak serta lain-lain lagi.

Bangunan ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi termasuklah termasuklah pejabat operasi, studio kandungan digital, butik, pusat latihan dan lain-lain perniagaan berasaskan perkhidmatan.

Dengan kadar sewaan yang kompetitif serta lokasi premium, peluang ini dilihat sebagai antara pilihan terbaik buat usahawan yang ingin memanfaatkan perkembangan ekonomi dan sektor pelancongan negeri ini.

Jika berminat, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pemasaran CMI di talian 013-613 6614.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

433
Kongsi :
Previous post SERBUAN ‘CALL CENTRE’ BONGKAR MAKMAL DADAH RM86.78 JUTA
Next post DUN AYER KEROH BAKAL MILIKI GELANGGANG PICKLEBALL ‘HARGA RAKYAT’