Sorting by

×

AB RAUF SAMPAIKAN BANTUAN RAMADAN KEPADA WARGA JASIN

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

JASIN 13 Mac – Seramai 150 penerima dalam kalangan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU), mualaf, anak-anak yatim serta ibu atau bapa tunggal dalam Parlimen Jasin menerima sumbangan RM150 berserta kit Ramadan.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jasin di Masjid Al-Mukminun, Seri Mendapat, di sini, semalam.

Menurut Ab Rauf bantuan itu diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada golongan yang memerlukan dalam menempuh bulan Ramadan.

“Walaupun jumlah bantuan ini tidak besar dan mungkin tidak mampu menampung sepenuhnya cabaran dihadapi penerima, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mereka.

“Saya harap sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan serta membawa sinar kegembiraan kepada mereka yang memerlukan dalam menempuh bulan Ramadan ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan serta Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Siti Faizah Abd Azis.

Img 20260313 wa0002
AB Rauf menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan dan Utiliti Masjid, Surau, Imbuhan AJK Masjid, Bilal Wanita dan Penggali Kubur Bagi Tahun 2026 kepada wakil Masjid Jamek Ar Rahman Pulai, Merlimau.

Ab Rauf berkata, pertemuan tersebut bukan sekadar majlis berbuka puasa, sebaliknya menjadi peluang bermakna untuk beliau bertemu, menyantuni serta berkongsi rezeki bersama warga Jasin.

“Program seumpama ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan memerlukan khususnya sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

323
Kongsi :
Previous post JIRAN PEMURAH JENTIK HATI CEF AMANN TEOH PELUK ISLAM
Next post AB RAUF SANTUNI PENIAGA, PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN PEKAN MERLIMAU