Sorting by

×

PERTANDINGAN TIKTOK MERIAHKAN RAYA DI MASJID TANAH

Masa Membaca:55 Saat

AYER LIMAU 25 Mac – Pertandingan TikTok Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Tanah memberi peluang kepada penduduk setempat dan anak perantau menzahirkan kemeriahan lebaran secara kreatif.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pertandingan kali pertama diadakan itu menarik penyertaan menggalakkan sejak ia bermula pada 19 Mac dan berakhir semalam (24 Mac).

Menurutnya, rata-rata peserta teruja apabila dapat kembali ke kampung halaman dan menampilkan identiti sebagai anak Masjid Tanah menerusi video kreatif yang dihasilkan.

“Rata-rata mereka yang sertai pertandingan ini seronok kerana sudah lama tidak balik kampung dan mereka mahu tunjukkan kemeriahan beraya di Masjid Tanah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata, hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah bernilai RM5,000 di mana, pemenang bakal membawa pulang RM1,000 manakala finalis lain juga akan menerima hadiah wang tunai.

“Pemenang akan diumumkan pada 27 Mac 2026 sempena majlis rumah terbuka saya di Ayer Limau, Masjid Tanah bermula jam 8 hingga 11 malam.

“Susulan sambutan memberangsangkan, pertandingan ini berpotensi dijadikan acara tahunan di Masjid Tanah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

455
Kongsi :
Previous post (KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
Next post AIDILFITRI: 77 ‘HOTSPOT’ SAMPAH DI MELAKA DIPANTAU