
AIDILFITRI: 77 ‘HOTSPOT’ SAMPAH DI MELAKA DIPANTAU
KLEBANG 25 Mac – Sebanyak 77 lokasi hotspot tong sampah berpusat di negeri ini akan diberi perhatian khusus oleh SWM Environment Sdn. Bhd (SWM Environment) sepanjang Aidilfitri bagi mengawal risiko longgokan sisa.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan pemantauan lebih rapi serta meningkatkan kekerapan kutipan sisa di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.
Katanya, daripada jumlah tersebut, 37 lokasi terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), 16 di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG); 19 di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan lima lokasi di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
“Penetapan lokasi hotspot ini merupakan langkah proaktif SWM Environment bagi memastikan kebersihan kawasan awam terus terpelihara sepanjang sambutan Aidilfitri.
“Kita juga menasihatkan orang ramai agar menguruskan sisa sampah dengan lebih bertanggungjawab dengan mengasingkan sisa makanan, selain mercun yang dibuang pastikan sudah terpadam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohd Norlisam turut berharap orang ramai untuk
mematuhi jadual kutipan sisa di kawasan kediaman masing-masing serta tidak menghalang laluan jentera kutipan bagi memastikan operasi berjalan lancar.
“Kita memahami pada musim perayaan banyak kenderaan akan berada dalam kawasan perumahan, namun kita harapkan untuk orang awam beri kerjasama kepada petugas kita untuk mengutip sampah tanpa halangan.
“Diharapkan juga untuk masyarakat dapat melaksanakan amalan pengasingan sisa buangan, asingkan yang mana boleh dikitar semula dengan sampah sisa,
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


