Sorting by

×

MeSRa: PARAKOM BUKTI KESELAMATAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDA HILIR 27 Mac – Paramedik Komuniti (PARAKOM) ditubuhkan sejak tiga tahun lalu menjadi antara bukti jelas pelaksanaan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan komuniti, pengunjung, pelancong serta orang Melaka khususnya.

Pegawai Operasi dan Penyelaras PARAKOM, Saiful Nizam Sairi berkata, sukarelawan yang mahir dalam ilmu pertolongan cemas dn bantuan awal perubatan ditempatkan di lokasi tumpuan pelancongan meningkatkan lagi tempoh masa tindak balas terhadap sebarang insiden tidak diingini.

Katanya, penubuhan First Aid Station (FAS) yang menempatkan ahli paramedik terlatih di lokasi tumpuan iaitu di Banda Hilir dan Air Panas Gadek juga membolehkan bantuan awal perubatan diberikan kepada mangsa kemalangan sebelum dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut.

“Pendekatan ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat dan pelancong berada dalam keadaan selamat serta mendapat akses bantuan kecemasan lebih pantas.

“PARAKOM bukan sahaja membantu daripada segi rawatan awal, malah kehadiran sukarelawan meningkatkan lagi tahap keyakinan komuniti setempat, pengunjung dan pelancong, sememangnya ini adalah keutamaan di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Saiful Nizam berkata dengan aset yang lengkap seperti buggy ambulans, ambulans, unit berbasikal serta sokongan sistem ‘panic button’ dan talian hotline meningkatkan tempoh tindak balas kecemasan sekitar zon bebas kenderaan di Banda Hilir.

“PARAKOM kini terus diperkasa dengan sasaran memperluaskan perkhidmatan ke lebih banyak lokasi strategik di seluruh negeri, sekali gus memperkukuh lagi pelaksanaan gagasan MeSRa,” katanya.

Ends//

Pix 1. PEGAWAI Operasi dan Penyelaras PARAKOM Melaka, Saiful Nizam Sairi ditemui di Stesen Rawatan Kecemasan (First Aid Station), Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pix 2.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

415
Kongsi :
Previous post JAMUAN AIDILFITRI DUN DUYONG KONSEP ‘BERSILA’ DI PADANG
Next post RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DURIAN TUNGGAL SASAR LEBIH 1,000 PENGUNJUNG