Sorting by

×

WRUR DUN ASAHAN: LANGKAH PERTAMA TEROKA KEMAHIRAN KECERDASAN BUATAN, DIGITAL 

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ASAHAN 6 April – Seramai 40 peserta meningkatkan ilmu dan kemahiran menerusi Program Perkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Untuk Komuniti di Kolej Komuniti Selandar, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program tersebut membuka peluang kepada masyarakat untuk menambah kemahiran melalui pelbagai kursus yang ditawarkan secara singkat.

Katanya, antara kursus yang ditawarkan seperti Kursus Kecerdasan Buatan (AI); Canva Editing; Asas Servis Penyaman Udara dan Asas Penyelenggaraan Landskap.

“Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kemahiran teknikal yang berpotensi menjadi laluan kerjaya pada masa hadapan kepada peserta yang terdiri daripada anak-anak muda DUN Asahan.

“Peserta yang terlibat dilihat menunjukkan minat tinggi sepanjang sesi pembelajaran yang disampaikan secara interaktif dan program seumpama ini tidak akan terhenti di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas merasmikan Program Explorace Anak Syurga: Jejak Sumber Air di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berharap program memperkasa TVET Untuk Komuniti itu dapat memberi peluang kepada anak muda DUN Asahan untuk menjana pendapatan.

“Saya harap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai masyarakat yang celik teknologi, berkemahiran, berdaya saing dan boleh digunakan ilmu yang diterima ini untuk meraih pendapatan di masa hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

534
Kongsi :
Previous post DUN MACHAP JAYA RAIKAN TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
Next post MBMB SAHUT GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT, CERIAKAN 250 WARGA BANDARAYA