Sorting by

×

WRUR ASAHAN: MAIM SANTUNI, BANTU CANTIKKAN RUMAH ASNAF

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ASAHAN 7 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) terus mempergiat usaha kebajikan dengan membantu mengemas rumah seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) asnaf di Kampung Hilir, Batang Melaka, di sini, pada Ahad.

Program gotong-royong itu adalah  sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan keprihatinan itu dirasai, Mohd Nawi Marakumu, 70.

IMG 20260405 WA0009
FAIRUL Nizam turut membantu mengecat rumah asnaf OKU terpilih sebagai tanda prihatin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan, keprihatinan MAIM dapat dilihat menerusi gotong-royong membersihkan dan mengecat rumah asnaf terpilih.

“Saya sangat berterima kasih kepada MAIM yang turut menyumbang wang tunai selain menyerahkan kit makanan kepada penerima dan wakil keluarga penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas merasmikan Program Explorace Anak Syurga: Jejak Sumber Air di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan.

Fairul Nizam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli BSAT MAIM yang telah berkampung dan berganding bahu bekerjasama bergotong-royong dalam usaha memberi keselesaan kepada asnaf terpilih dalam DUN Asahan.

“Selain itu, asnaf terpilih ini turut menerima sumbangan perabot baharu menggantikan yang usang seperti sofa, tilam, bantal, ampaian baju, rak baju dan meja makan bagi keselesaan asnaf terpilih ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

484
Kongsi :
Previous post ‘JAMUAN AIDILFITRI MACHAP JAYA MERIAH MACAM BERAYA DI KAMPUNG’
Next post PBT MELAKA PERHEBAT AGENDA PELANCONGAN 2026