Sorting by

×

DUN MACHAP JAYA RAIKAN TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MACHAP JAYA 5 April – Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya menggunakan kesempatan berkumpul pada Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat DUN Machap Jaya untuk turut meraikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena genap tiga tahun beliau menerajui pentadbiran negeri ini.

Dua pulut kuning menterjemahkan rasa terima kasih penduduk DUN Machap Jaya kepada Ketua Menteri hingga Melaka berjaya meraih pencapaian dalam pelbagai bidang seperti membawa masuk pelaburan baharu dan menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia.

Jamuan berlangsung di Dewan Serbaguna Felda Hutan Percha, di sini, tadi turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.

Pada Majlis sama Ab Rauf yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem sebagai tuan rumah meluangkan masa menikmati jamuan yang disediakan sebelum beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Kemeriahan Aidilfitri paling dirasai apabila Ketua Menteri turut menyampaikan duit raya kepada tetamu cilik yang hadir ke majlis berkenaan.

Sambutan itu secara keseluruhan menggamit hampir 3,000 orang pengunjung yang dihidangan dengan  pelbagai hidangan kampung seperti ketupat, lemang dan rendang.

Majlis juga dimeriahkan dengan dedangan lagu bertemakan Aidilfitri seta persembahan bunga api yang menyinari malam di DUN Machap Jaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

806
Kongsi :
Previous post WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN