
KRT KRUBONG HEIGHTS FASA 1 ‘HIDUPKAN’ TRADISI MARHABAN RUMAH KE RUMAH
PAYA RUMPUT 6 April – Program Marhaban Syawal anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Krubong Heights Fasa 1 berjaya mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat.
Program yang melibatkan pelbagai peringkat umur itu menyaksikan aktiviti marhaban dijalankan dari rumah ke rumah, sekali gus menghidupkan semula tradisi yang semakin dilupakan itu.
Setiausaha KRT Taman Krubong Heights Fasa 1, Zaki Hamzah berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, selain memupuk semangat kejiranan.
“Program seperti ini dapat menghimpunkan penduduk dalam suasana harmoni di samping memperkukuh perpaduan komuniti,β katanya.
Tambahnya, program yang diadakan itu mendapat sambutan hebat dalam kalangan penduduk taman perumahan itu dan berpotensi diangkat sebagai acara tahunan.
“Rata-rata penduduk menyambut baik program ini kerana ia bukan sahaja menyemarakkan suasana Syawal penuh makna, bahkan membuka ruang kepada memperkukuh ikatan silaturahim bersama jiran tetangga.
“Pada masa sama, ia juga turut memberi pendedahan bermakna kepada golongan muda mengenai tradisi marhaban sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PASTIKAN KUTIPAN ZAKAT SAMPAI KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER LIMAU 24 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memastikan hasil kutipan zakat disalurkan kepada golongan yang memerlukan menerusi...
RM2.25 JUTA DISALUR MENERUSI JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
SERI NEGERI 24 Ogos - Sebanyak RM2.25 juta telah disalurkan untuk pelbagai manfaat rakyat menerusi Program Jelajah Ketua Menteri Sayang...
RUKUN NEGARA PERLU DIHAYATI, BUKAN SEKADAR LAFAZ IKRAR β TUN DR. MOHD ALI
SERI NEGERI 24 Ogos β Rukun Negara tidak seharusnya sekadar dilafazkan sebagai ikrar, sebaliknya perlu benar-benar dihayati dan diterjemahkan dalam...
MESRA PASTIKAN RAKYAT BERADA DI TENGAH-TENGAH DASAR KERAJAAN
AYER KEROH 24 Ogos - Kerajaan Negeri terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap dasar dan keputusan yang dilaksanakan...
KDNK MELAKA MENINGKAT RM50.3 BILION PADA 2025
SERI NEGERI 24 Ogos - Ekonomi Melaka terus menunjukkan prestasi positif apabila nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri meningkat...
MELAKA SEDANG CIPTA MOMENTUM UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka bukan sekadar bergerak, tetapi sedang mencipta momentum, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab...
