Sorting by

×

KAMPUNG NYALAS SUDAH BANYAK BERUBAH

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

ASAHAN 19 April – Kampung Nyalas sudah banyak berubah apabila ditransformasikan dengan pelbagai projek pembangunan bermanfaat untuk rakyat.

Ia termasuklah naik taraf jalan, sistem perparitan dan penambahbaikan capaian internet dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi kelegaan kepada penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Nyalas Norziah Mamat berkata, usaha dan komitmen berterusan ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih dikenali sebagai YB Along berjaya meningkatkan kemudahan asas di kampung itu.

Menurutnya, pendekatan mesra rakyat yang dibawa pemimpin berkenaan turut memastikan setiap lapisan masyarakat disantuni dengan baik selari dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Banyak perubahan yang dibawa khususnya di Kampung Nyalas jika dulu ramai yang tidak tahu keberadaan kampung ini kini dengan perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan ia semakin mendapat perhatian.

“Hasil daripada setiap aduan dan pemasalahan yang disuarakan oleh penduduk setempat banyak pembaharuan dibawa antaranya projek naik taraf jalan dan sistem perparitan yang memberi keselesaan kepada rakyat.

“Dalam usaha membantu rakyat YB akan cuba sedaya membantu rakyat misalnya untuk naik taraf jalan di Jalan Rancangan Tanah Pinggir meskipun kelulusan hanya bagi jalan kasaran namun ia amat memberi kelegaan serta meningkatkan kualiti rutin harian penduduk,” katanya.

Menurut Norziah, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri itu juga turut membawa perubahan dalam capaian internet di Kampung Nyalas dengan pembinaan menara telekomunikasi di Ayer Repat.

“Dahulu internet di kawasan ini amat perlahan tetapi kini capaian semakin baik dan mengubah kehidupan penduduk apabila jaringan komunikasi lebih baik, termasuk memberi kelegaan kepada pelajar khususnya dalam menyiapkan tugasan dan mereka yang memerlukan sesi pembelajaran secara dalam talian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

579
Kongsi :
Previous post MAHKOTA PARADE ‘TAK PERNAH SUNYI’, SETIAP MINGGU DIPENUHI ACARA MENARIK
Next post WRUR: KUALA SUNGGA BERMANDI LUMPUR RAI PESTA NGOCA