Sorting by

×

WRUR: KUALA SUNGGA BERMANDI LUMPUR RAI PESTA NGOCA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MACHAP JAYA 19 April – Kira-kira 500 penduduk Kuala Sungga berhimpun memeriahkan program Ngoca Gembira Bersama dan Majlis Silaturahim Aidilfitri bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, program tradisi sukan warisan diadakan itu memasuki siri ketiga terus menerima sambutan penduduk dengan penganjuran pelbagai kategori iaitu lelaki, wanita, kanak-kanak, Orang Asli dan terbuka.

Katanya, progam seumpama itu akan terus dijadikan acara tahunan di DUN berkenaan, sekali gus mampu menjalin silaturahim antara pelbagai kaum termasuk Orang Asli yang menetap di kampung berkenaan.

“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha diadakan ini supayan terus berpanjangan pada tahun akan datang bagi memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan penduduk terus terjalin.

“Program ini sekali gus mengangkat sukan warisan yang menjadi antara acara tradisi masyarakat kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program diadakan tersebut di Solok Batu Dinding, Kampung Kuala Sungga, Machap Jaya, Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Adun Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan, Adun Gadek, Datuk VP Shanmugam, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta tetamu lain.

Terdahulu pada program berkenaan, turut mengadakan gimik penyerahan bendera WRUR diserahkan Shanmugam kepada Hee Sem sebagai tanda penganjuran pembuka tirai WRUR DUN Machap Jaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

434
Kongsi :
Previous post KAMPUNG NYALAS SUDAH BANYAK BERUBAH
Next post ‘CAHAYA KASIH’ MBMB CERIAKAN PENGHUNI TUNAS BAKTI