Sorting by

×

KLIK DAN IMBAS: MAIM PERMUDAH KAEDAH BERSEDEKAH SECARA DIGITAL

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PENGKALAN BATU 30 April – Hanya dengan satu klik dan imbas kod respon pantas (QR) tertera pada poster anda boleh mengumpul saham akhirat menerusi sedekah kepada Tabung Amal Jariah Negeri Melaka.

Tabung tersebut dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), di mana sumbangan yang diterima akan disalurkan bagi pelbagai aktiviti dan keperluan ummah.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan tersebut akan disalurkan kepada aktiviti dakwah sosial umat Islam serta membiayai kemudahan keperluan pendidikan Islam seperti buku teks, kerusi, meja dan prasarana.

“Pada masa sama, sumbangan berkenaan juga akan disalurkan bagi pembaikan masjid, sekolah dan tanah perkuburan Islam di negeri ini,” kata kenyataan itu.

684258671 1407336174761239 6817299078397720669 n (1)

Selain imbasan kod QR, MAIM memaklumkan, sumbangan kepada tabung itu juga boleh dibuat melalui portal MelakaPay di https://melakapay.melaka.gov.my.

Bagi mereka yang ingin menyumbang secara konsisten, MAIM turut menyediakan kemudahan potongan gaji bulanan serendah RM2 sahaja.

“Bagi potongan gaji, borang boleh didapati di Pejabat MAIM dan Pejabat Cawangan MAIM yang berdekatan. Selain itu, ia juga boleh diakses di laman web rasmi MAIM di pautan www.maim.gov.my,” kata kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Bahagian Wakaf dan Mal MAIM di talian 06-2837416 atau 06-2849809.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

374
Kongsi :
Previous post DEKATI HAIWAN EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI SABTU INI
Next post WRUR AYER KEROH: KARYA WARGA SMK MUNSHI ABDULLAH BANGKITKAN SEMANGAT KEPAHLAWANAN