Sorting by

×

1,000 AIR KELAPA PERCUMA UNTUK PENGUNJUNG MELAKA RIVER CRUISE MALAM INI

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DUYONG 2 Mei – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan 1,000 air kelapa pandan percuma menerusi tawaran istimewa yang disediakan khas kepada pengunjung Melaka River Cruise sempena Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Mei.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, tawaran itu boleh dinikmati menerusi pembelian tiket Melaka River Cruise berharga RM50 dalam satu resit.

Katanya, menerusi harga tersebut tersebut pengunjung akan menerima enam tiket termasuk satu tiket percuma selain dua air kelapa pandan.

“Pembelian RM50 dalam satu resit melayakkan pengunjung menebus dua air kelapa pandan percuma namun bagi yang mahu tambahan air kelapa, boleh mendapatkannya pada harga RM7 bagi setiap pek.

“Kita hanya menyediakan air kelapa ini di dua jeti bagi Program Melaka Bila Larut Malam iaitu di Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara Sungai Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

1c3568ad d8d3 4ac5 91a5 92e4854ec4e0

Mengulas lanjut, Shaharul berkata, pengunjung terawal turut diberikan baucar menarik daripada rakan strategik PPSPM bernilai RM30.

“Pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung Melaka Bila Larut Malam Edisi Mei ini yang mana PPSPM akan sentiasa mempelbagaikan tawaran bagi merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.

“Sedikit sebanyak tawaran ini dapat memberi nilai tambah kepada PPSPM dan pengunjung yang mahukan pengalaman unik menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

335
Kongsi :
Previous post WRUR AYER KEROH: MPHTJ PERUNTUK RM20,000 BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR
Next post REHDA MELAKA KOMITED PASTIKAN SEKTOR HARTANAH TERUS MAMPAN