Sorting by

×

TERNAKAN RUSA PACU EKONOMI ORANG KAMPUNG KUALA SUNGGA

Masa Membaca:59 Saat

MACHAP JAYA 22 Mei – Inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sungga menternak rusa kini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah ternakan meningkat hasil bantuan dana Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).

Pengerusi JPKK Kuala Sungga Baharom Salim berkata, projek yang bermula dengan hanya dua ekor rusa itu kini berkembang kepada 11 ekor termasuk hasil pembiakan, sekali gus membuka potensi sebagai sumber ekonomi baharu kampung.

Katanya, ternakan rusa diusahakan di di Jalan Solok Air Batu itu sehingga kini telah menggunakan sebahagian daripada geran yang diterimanya termasuk penambahan lapan ekor rusa serta pembinaan kandang, pagar dan penyediaan kawasan ragut.

“Pada peringkat awal kita bermula kecil-kecilan, namun selepas menerima geran, kita tambah bilangan rusa dan sediakan kemudahan lebih baik.

“Rusa jenis Cervus Timorensis yang diternak ini mudah dijaga, kurang berpenyakit serta cepat membiak berbanding ternakan lain seperti kambing,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Baharom berkata, buat masa ini jualan tertumpu kepada baka dan keperluan penduduk setempat sebelum diperluaskan kepada penjualan daging pada masa hadapan.

Ujarnya, projek ternakan itu bukan sahaja berpotensi menjana pendapatan, malah dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi komuniti Kuala Sungga secara berperingkat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

173
Kongsi :
Previous post 692 PELAJAR SEKOLAH MELAKA MEROKOK