Sorting by

×

KETUA MENTERI, ISTERI BERLEPAS KE TANAH SUCI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 21 Mei – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bersama isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abd Aziz berlepas ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji, hari ini.

Ab Rauf bersama isteri bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari kediaman beliau di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, pada jam 9.30 pagi tadi.

Majlis meraikan pemergian Ketua Menteri ke tanah suci dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.

Turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco, Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali,ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Sebelum bertolak ke KLIA, Ketua Menteri meluangkan masa untuk bersarapan pagi dan menyantuni tetamu yang hadir,sementara itu bacaan doa selamat sempena pemergian Ketua Menteri untuk menunaikan haji disempurnakan oleh Timbalan Mufti Negeri Melaka Ehsan Mohd Hosni.

Terdahulu Ketua Menteri turut menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Lembu Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha melibatkan 92 ekor ternakan yang diagihkan kepada wakil 28 DUN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan lain-lain penerima.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

160
Kongsi :
Previous post LITTLE CALIPHS FOKUS 3M, PERSIAP MURID SEBELUM MASUK DARJAH SATU