Sorting by

×

MELAKA SUMBANG 92 EKOR LEMBU KORBAN SEMPENA AIDILADHA

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

TANJUNG BIDARA 21 Mei – Kerajaan Negeri menyumbangkan 92 ekor lembu bagi memeriahkan lagi ibadah korban di Melaka bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha Rabu ini.

Jumlah sumbangan lembu korban untuk Aidiladha 2026 juga menunjukkan peningkatan berbanding 76 ekor pada tahun lalu.

Penyerahan tenakan untuk ibadah korban itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Simbolik Penyerahan Lembu Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.

Turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco, Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali,ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Penerima sumbangan melibatkan semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 28 ekor lembu, persatuan (15), cawangan dalam DUN Tanjung Bidara (14), jabatan kerajaan (12 ekor), masjid (12 ekor), surau (9 ekor), institusi pengajian tinggi awam (1 ekor) dan lain-lain (1 ekor)

Antara penerima sumbangan adalah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Markas 10 Briged (Para) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Kem 96 Depot Pengkalan Peluru, Penjara Sungai Udang serta Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Agihan lembu korban ini dilakukan oleh 12 pembekal yang telah dilantik oleh Pejabat Ketua Menteri Melaka, selain dilaksanakan secara berperingkat sepanjang dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

50
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI, ISTERI BERLEPAS KE TANAH SUCI