Sorting by

×

TEKNOLOGI AI DALAM PERTANIAN TARIKAN UTAMA MAHA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

JASIN 23 Mei – Teknologi pertanian terkini termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) antara tarikan utama disajikan buat pengunjung pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2026 (MAHA 2026) bakal berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dari 28 Ogos hingga 6 September nanti.

Ketua Sekretariat MAHA 2026 Datuk Dr. Mohd Haniff Hassan berkata, Teknologi terkini termasuk AI akan dipamerkan nanti melibatkan proses penanaman, pembenihan, pembajakan dan pengurusan pertanian.

“Semua ini mampu mempertingkatkan lagi produktiviti dan kecekapan industri, selain itu pada masa yang sama penekanan terhadap teknologi ini juga diharap dapat menarik lebih ramai belia untuk aktif  dalam sektor agro makanan.

Views:

133
Kongsi :
Previous post MELAKA JADI ‘WAJAH’ FILEM KONSPIRASI