
ROAD TO MAHA 2026 ZON SELATAN SASAR 7,000 PENGUNJUNG
JASIN 23 Mei -Penganjuran Road to MAHA 2026 Zon Selatan dijangka mampu menarik antara 5,000 hingga 7,000 pengunjung dari Melaka dan sekitar utara Johor.
Ketua Sekretariat MAHA 2026 Datuk Dr. Mohd Haniff Hassan berkata, program itu menghimpunkan antara 30 hingga 35 usahawan industri asas tani di bawah jabatan dan agensi KPKM selain lapan usahawan program Jualan Agro MADANI.
“Pelbagai antiviti menarik disediakan buat pengunjung yang antaranya adalah demonstrasi produk berasaskan nanas seperti proses menghasilkan kertas dan benang iaitu inovasi baharu dalam industri agro.
“Pengunjung juga boleh menyaksikan demonstrasi pembuatan baja dan biorepellent,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Road to MAHA 2026 Zon Selatan di sebuah pasaraya di Bandar Jasin Bestari, di sini, hari ini.
Terdahulu perasmian majlis disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Yuhaizad Abdullah, hadir sama Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Low Chee Leong serta lain-lain kenamaan.
Katanya, turut berlangsung kempen makan buah-buahan tempatan dan program melibatkan 11 penyertaan pameran dan ekspo daripada jabatan serta agensi kerajaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

