Sorting by

×

MELAKA SASAR 20 PINGAT EMAS PADA SUKMA SELANGOR

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 22 Jun – Melaka menyasarkan kutipan 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan acara wushu menjadi sandaran utama pada temasya yang akan berlangsung pada Ogos depan.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam yang juga Chef de Mission kontinjen SUKMA Melaka berkata, sasaran pungutan pingat itu adalah berdasarkan hasil maklum balas awal daripada pengurus pasukan dan jurulatih.

Katanya, selain wushu antara sukan lain berpotensi menyumbang emas buat Melaka adalah silat pacak, skuasy, badminton dan silambam.

“Kita mesti capai sasaran 20 emas, namun begitu saya mengharapkan Kem Melaka akan membuat kejutan seperti SUKMA Sarawak sebelum ini.

“Setakat ini seramai 560 atlet daripada 36 persatuan sukan yang berdaftar di bawah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka telah disenarai pendek bagi mewakili Melaka ke temasya itu,” katanya.

Shanmugam yang juga Ketua Kontinjen SUKMA Melaka berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Jun 2026 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Datuk TPr. Murad Husin selaku penganjur perhimpunan kali ini, Ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka serta Persekutuan.

Shanmugam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek berkata, meskipun wushu dilihat paling berpotensi menyumbang emas, namun perhatian turut diberikan kepada sukan-sukan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

326
Kongsi :
Previous post MELAKA TERUSKAN MOMENTUM KECEMERLANGAN, CAPAI LEBIH 10 PENCAPAIAN SETENGAH TAHUN 2026
Next post WRUR PARLIMEN JASIN: KAMPUNG KITA, MPJ TAWAR DISKAUN KOMPAUN 80 PERATUS