Sorting by

×

WRUR RIM: ISU ANJING LIAR ANTARA 40 ADUAN DITERIMA MPJ

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

RIM 24 Jun – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima lebih 40 aduan daripada penduduk sempena pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, kebanyakan aduan yang diterima melibatkan isu kacau ganggu seperti pokok berisiko, semak samun serta anjing liar di kawasan taman perumahan dan kampung.

Katanya, di peringkat MPJ, setiap aduan yang diterima akan diagihkan terus kepada pasukan atau jabatan berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Sebagai contoh, isu anjing liar akan dirujuk kepada pasukan veterinar manakala isu pokok berisiko dan semak samun akan ditangani oleh jabatan landskap MPJ,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Gotong-Royong Perdana Kampung Chenderah sempena WRUR DUN Rim, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim merangkap Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahiruddin berkata, sesi turun padang sempena WRUR DUN Rim memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan khidmat nasihat serta penjelasan berhubung pelbagai isu setempat.

“Penduduk yang tidak berkesempatan menyertai keseluruhan program WRUR DUN Rim tetap boleh berhubung dengan MPJ menerusi pelbagai platform untuk adukan isu atau untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

545
Kongsi :
Previous post WRUR RIM: BUKA PERSPEKTIF BAHARU URUS SISA, HASILKAN BAJA ORGANIK
Next post PERDANA MENTERI HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM PACU KEMAJUAN NEGARA