SUKAN WADAH PENYATUAN RAKYAT, TENTERA DAN ANGGOTA BADAN BERUNIFORM

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

SUNGAI UDANG 1 Ogos – Kem Terendak menjadi tumpuan lebih 30,000 orang pengunjung sepanjang dua minggu berlangsungnya Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati & Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama A Rauf Yusoh berkata, walaupun baru memasuki edisi kedua, kedua-dua kejohanan ini telah memperlihatkan perkembangan yang cukup membanggakan.

Katanya, tahun ini kedua=dua kejohanan itu kembali dengan penyertaan lebih besar, saingan lebih hebat dan semangat yang jauh lebih membara dalam kalangan peserta serta pasukan mengambil bahagian.

“Sejak dari awal lagi, hasrat saya cukup jelas…Saya mahu ia menjadi wadah yang menyatukan masyarakat, warga Tentera Darat Malaysia serta anggota pelbagai agensi dan badan beruniform dalam semangat perpaduan, kesukanan serta kebersamaan.

“Atas sebab itulah, di bawah pentadbiran yang saya terajui, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.07 juta bagi menjayakan dua edisi kejohanan ini pada tahun 2025 dan 2026,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati & Kejohanan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2026 di Pavilion Kem Terendak, di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin diiringi isteri, Datin Ernie Aidilia Karim; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Sani S Omar.

Ab  Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, komitmen itu telah diterjemahkan dengan begitu baik menerusi penganjuran lebih 30 pengisian program telah terlaksana.

“Inilah roh sebenar Sukan Dua Jiwa Satu Hati, kita mungkin hadir mewakili pasukan, agensi, uniform dan warna jersi yang berbeza, namun apabila berhimpun di medan yang sama, kita berdiri dengan satu matlamat, satu semangat dan satu hati sebagai keluarga besar Melaka,” katanya.

Langgani Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

403
Kongsi :
Previous post LEBIH 6,000 PESERTA JAYAKAN SUKAN DUA JIWA SATU HATI, BADAN BERUNIFORM
Next post TOK RAUF UMUM RM1 JUTA BAIK PULIH SISTEM BEKALAN AIR DAN JALAN ROSAK DI KEM TERENDAK