TYT RASMI MASJID SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

PAYA RUMPUT 7 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini merasmikan Masjid Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A, Taman Cheng Perdana yang bernilai kira-kira RM7 juta.

Masjid baharu itu siap sepenuhnya awal tahun ini dan mula digunakan komuniti setempat kira-kira lima bulan lalu, di mana, perasmian masjid baharu itu diadakan bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Kehadiran Tun Dr. Mohd Ali pada jam 1.15 tengah hari disambut Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Mufti Kerajaan Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samad serta kenamaan lain.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar bersama Tun Dr. Mohd Ali di perkarangan masjid sebelum menyempurnakan majlis menandatangani buku pelawat dan plak perasmian.

Tun Dr. Mohd Ali kemudiannya menyempurnakan lafaz perasmian masjid berkenaan dan disusuli bacaan doa.

Beliau bersama kenamaan kemudiannya memasuki ruang solat bagi mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Rabiulawal – Menghayati Sirah, Menyubur Mahabbah’ sebelum menunaikan solat Jumaat yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri.

Selesai solat, diadakan penyampaian sumbangan kepada pegawai syarak dan warga emas.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mohd Ali bersama kenamaan turut menyempurnakan perasmian Jualan Barakah Madani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Masjid Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A dipilih sebagai lokasi pertama program berkenaan yang menawarkan jualan barangan keperluan kepada komuniti setempat pada harga lebih rendah daripada pasaran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1211
Kongsi :
Previous post ZIANA ZAIN, AMY SEARCH DAN ST12 GEGARKAN AMBANG MERDEKA 30 OGOS INI
Next post MIHF 2026 JADI TUMPUAN, SASAR 180,000 PENGUNJUNG