
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos – Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor’s 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 selepas menewaskan Melaka FC (MFC) pada aksi final di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.
Kedua-dua pasukan diikat 1-1 hingga tamat masa penuh perlawanan, sekali gus mengheret penentuan ke sepakan penalti menyaksikan PPCFC menang 3-1 mengatasi Melaka FC.
PPCFC lebih awal membuka jaringan menerusi Dyer Moses pada minit-31, menyebabkan pemain Melaka FC tertekan dan terpaksa berusaha keras untuk mencari mata penyamaan.
Bersambung babak separuh masa kedua gerakan Melaka FC lebih tersusun, serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil apabila gol penyamaan disempurnakan menerusi tandukan Kim Shin Hoo selepas menyambut sepakan sudut Nizarudin Jazi pada minit-65.
Terikat 1-1 kedua-dua pasukan menggandakan usaha untuk mencari mata kemenangan namun diselubungi kebuntuan hingga ke tamat masa penuh perlawanan.
Hadiah kemenangan dan piala kejohanan disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan hadir sama Presiden Melaka FC Datuk Wira Nur Azmi Ahmad.
Sementara itu pengendali Melaka FC, E Elavarasan berkata, pemain sudah beraksi sebaik mungkin namun kegagalan menyempurnakan sepakan penalti memisahkan pasukannya daripada menjuarai kejohanan terbabit.
Elavarasan berkata, barisan lawan beraksi dengan baik menerusi rangkaian import mereka, namun anak buahnya juga kurang agresif mengimbangi kekuatan lawan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

