TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

MACHAP JAYA 23 Ogos – Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan amanah meskipun diuji dengan pemergian mendiang bapanya baru-baru ini mendapat perhatian dan pujian daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, meskipun masih terkesan dengan pemergian bapa tercinta Hee Sem tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap lebih 32,000 warga DUN Machap Jaya.

“Sebelum meneruskan ucapan, saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada YB Datuk Ngwe Hee Sem serta seluruh keluarga atas pemergian bapa tercinta.

“Dalam keadaan yang pastinya masih berat buat YB Datuk Sem dan keluarga, saya benar-benar menghargai komitmen beliau untuk tetap bersama-sama kita. Inilah komitmen seorang wakil rakyat yang saya lihat sendiri dalam apa juga keadaan tanggungjawab terhadap warga Machap Jaya tidak pernah diketepikan,” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Adun Tanjung Bidara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di Dewan Terbuka Felda Tun Ghafar, Menggong, hari ini.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Adun Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Ab Rauf berkata, menyentuh soal tanggungjawab kepada rakyat ini, beliau kerap mengingatkan kepada semua Adun supaya memahami permasalahan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

644
Kongsi :
Previous post JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
Next post JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB