TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

MACHAP JAYA 23 Ogos – Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke meja menarik perhatian dan mendapat pujian daripada pelanggan di Restoran Laifah Heng Heng, Machap Baru.

Kehadiran Ketua Menteri adalah untuk bersama-sama rakyat pada Majlis Santuni MeSRa Masyarakat Cina bersempena siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Ketua Menteri diiringi Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem disambut dengan senyuman oleh pelanggan yang ketika itu sedang menikmati sarapan pagi.

Ramai dalam kalangan pelanggan yang sedang asyik menjamah hidangan pagi terkejut dan teruja apabila menyedari individu yang mengagihkan kuih kepada mereka sebenarnya adalah Ketua Menteri Melaka.

Bagi pemilik restoran Yap Sei Wai, 46, kehadiran Ketua Menteri turut membawa limpahan rezeki buatnya yang memulakan perniagaan di kawasan itu lapan tahun lalu.

“Kali ini jumlah yang singgah ke restoran amat ramai, sejak pagi sudah ramai yang datang kerana mahu tunggu ketibaan Ketua Menteri bersama konvoi Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat.

“Bagi saya gandingan Ketua Menteri dan Yb Hee Sem amat disenangi ramai. Kedah turun padang menerusi siri jelajah ini juga amat membantu dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Bukan semua permintaan rakyat adalah berasaskan kebendaan tetapi sekadar menyelesaikan masalahan seperti kerja-kerja cantasan pokok,” katanya ketika ditemui di restoran miliknya, hari ini.

Jelajah turut disertai Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan.

Yang turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Selain menyantuni masyarakat Cina di Machap Baru, Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat turut singgah menyantuni warga Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, bertanya khabar masyarakat Orang Asali di Tebong Stesen dan Majlis Ramah MeSRa Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat di Dewan Terbuka Felda Tun Ghaffar, Menggong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
Next post WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI