TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA 

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 12 September – Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lebih utama peluang berkenaan digunakan untuk menyingkap semula sejarah kegemilangan bumi bertuah ini sebagai sebuah kerajaan yang disegani pada suatu ketika dahulu.

“Melaka pada kurun ke-14  dan kurun ke15 adalah nadi perdagangan dunia dan pusat perkembangan agama Islam hingga dicemburui oleh barat. Jadi bukan ke mana saya mahu bawa Melaka, tetapi saya mahu bawa dunia ke Melaka.

“Sebalik tegaknya Kota A’ Famosa, megahnya Bangunan Stadthuys ada pengorbanan dan perjuangan bangsa perlu disingkap serta dibongarkan supaya kita semua tahu mengenai kehebatan Melaka,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Ab Rauf berkata, antara penganjuran acara antarabangsa yang memberikan impak kepada Melaka adalah World Tourism Daya (WTD) 2025 dan World Torism Conference (WTC) pada tahun lalu.

Katanya, sepanjang penganjuran itu seramai 110 menteri pelancongan dunia dibawa ke Melaka untuk melihat sendiri keunikan yang ada di negeri ini.

WTD 2025 memberikan impak kepada Melaka kerana ia disusuli dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

772
Kongsi :
Previous post WRUR AYER LIMAU: LEBIH 10,000 ORANG KAMPUNG BERI SOKONGAN