AZAM TOK HAMEED PASTIKAN ANAK AYER LIMAU TIDAK KECICIRAN DALAM PENDIDIKAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER LIMAU 13 September – Keinginan melihat anak-anak mendapat pendidikan lebih baik menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer sebagai pemimpin kawasan itu.

Katanya, perhatian itu khususnya diberikan kepada keluarga kurang berkemampuan yang berusaha menyediakan pendidikan terbaik buat anak-anak meskipun berdepan kekangan kewangan.

“Kita mencari dan memberi kepada yang memerlukan, saya memfokuskan kepada pendidikan kerana ada keluarga kurang berkemampuan tetapi mempunyai tanggungjawab besar untuk pendidikan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Penutup Program WRUR DUN Ayer Limau di Padang Awam Taman Datuk Setia Ramuan China Besar, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Khairul Azeem Mamat; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat; Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta kenamaan lain.

Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, keperluan terhadap pendidikan turut mendapat sambutan menggalakkan menerusi program yang dilaksanakan sempena WRUR Ayer Limau.

“Dalam tempoh seminggu WRUR, saya lihat program-program pendidikan mendapat sambutan sangat baik daripada semua sekolah termasuk kerjasama ibu bapa pelajar.

“Ini membuktikan masyarakat hari ini amat mementingkan pendidikan sekali gus memastikan tidak ada yang tercicir dalam arus pendidikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

479
Kongsi :
Previous post TALI AIR SUNGAI SIPUT KEMBALI RIUH, 100 ORANG KAMPUNG TURUN MEMANCING
Next post WRUR AYER LIMAU; 36 ADUAN SELESAI, 61 LAGI DALAM TINDAKAN