WRUR AYER LIMAU; 36 ADUAN SELESAI, 61 LAGI DALAM TINDAKAN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER LIMAU 13 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berjaya diselesaikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, baki 61 aduan kini dalam tindakan dan akan diselesaikan secara berperingkat.

“Insya-Allah kita boleh selesaikan 20 hingga 25 aduan dalam masa terdekat, manakala selebihnya membabitkan aduan banjir yang besar dan memerlukan perancangan serta tindakan jangka panjang.

“Bagaimanapun kita usahakan untuk selesaikan semua aduan ini paling lewat awal tahun hadapan demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Penutup Program WRUR DUN Ayer Limau di Padang Awam Taman Datuk Setia Ramuan China Besar, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Khairul Azeem Mamat; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat; Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta kenamaan lain.

Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, baki aduan yang memerlukan penyelesaian jangka panjang akan diberi perhatian mengikut keutamaan dan keperluan di lapangan.

“Kita tidak mahu aduan yang dibangkitkan rakyat hanya dicatat dan dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya setiap perkara perlu ada tindakan susulan sehingga penyelesaian dapat diberikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

466
Kongsi :
Previous post AZAM TOK HAMEED PASTIKAN ANAK AYER LIMAU TIDAK KECICIRAN DALAM PENDIDIKAN
Next post USAHA BANTU PENERIMA KEBAJIKAN DIPERTINGKAT – HAMEED