TOK RAUF TAK LUPA MASYARAKAT CINA, BANTU RAKYAT TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANJUNG BIDARA 19 September – Kasih Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak mengenal bangsa kerana menjadi tanggungjawab beliau untuk menjaga dan mensejahterakan semua rakyat Melaka.

Foo Chen Kiong, 66, berkata pendekatan Ketua Menteri yang sentiasa turun padang dan bertemu rakyat membuktikan usaha membantu masyarakat dilaksanakan secara menyeluruh.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan turut memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan, termasuk mereka yang berdepan kesukaran dalam kehidupan.

“Orang yang tidak berada dalam kesusahan pun Ketua Menteri bantu untuk sejahterakan hidup, apatah lagi kalau susah, dia mesti akan bantu, sentiasa turun padang kalau terlepas pandang ada rakyat dalam kesukaran.

“Tok Rauf memang baik, cakna, prihatin kepada semua rakyat Melaka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Tanjung Bidara sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di Dewan Terbuka Kampung Pulau, di sini, semalam.

Chen Kiong berkata, masyarakat Cina juga tidak dilupakan dan memperoleh manfaat hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Dia menyifatkan pelaksanaan pelbagai program turun padang bersama rakyat sebagai usaha yang baik dalam mendekatkan pemimpin dengan masyarakat.

“Setiap kali anjurkan program pasti ramai yang turun, bukan orang tempatan sahaja tetapi penduduk DUN lain, semua mahu merasai nikmat hasil daripada kemajuan dan kestabilan Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

668
Kongsi :
Previous post TANJUNG BIDARA ‘LUBUK’ KAKI PANCING, 1,140 BERENTAP DI BALIK BATU
Next post TAK PERLU JANJI TEMU, HEBAT MACAM ‘ONE STOP CENTRE’