AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SUNGAI UDANG 20 September – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas (RGK) di Sungai Udang akan terus dipertahankan dan kekal berada di bumi Melaka.

Ab Rauf berkata, kewujudan kem berkenaan bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Melaka, malah mempunyai nilai strategik dalam memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dengan pasukan keselamatan.

“Saya bangga kerana Kem Gerak Khas ini masih berada di bumi Melaka.

“Selagi saya menguruskan negeri Melaka, saya tak izinkan walaupun seinci kem Gerak Khas ini keluar dari bumi Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas Tahun 2026 di Kem Sungai Udang, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Kerajaan, Perumahan, Saliran dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Datuk Rais Yasin; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahman Mariman serta Pengerusi Rejimen Gerak Khas Mejar Jeneral Datuk Ahmad Shuhaimi Mat Wajab.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh hubungan dengan pasukan keselamatan bagi memastikan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat dipertingkatkan demi pembangunan negeri.

Katanya, hubungan erat berkenaan mencerminkan semangat kebersamaan antara Kerajaan Negeri dengan pasukan keselamatan dalam memastikan Melaka terus berkembang dan maju.

“Kita kekalkan terus di Melaka. Kita bangga menjadi orang Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

921
Kongsi :
Previous post HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA