MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG GANGSA BAKAL HUNI RUMAH BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

DURIAN TUNGGAL 22 September – Sekeluarga mangsa kebakaran di Kampung Gangsa di sini menerima bantuan pembinaan rumah baharu oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menerusi Siri Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil berkata, selain LPM menerusi bantuan Program Melaka Rumahku (PMR- Bina Baharu) Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyalurkan bantuan sebanyak RM10,000.

“Turut meringankan bebanan keluarga tersebut adalah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerusi bantuan RM5,000 kepada keluarga terbabit.

“Sebelum ini kita juga pernah membantu keluarga berkenaan dan kali ini kita datang semula untuk melihat perkembangan mereka serta menyerahkan sumbangan-sumbangan lain,”katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Durian Tunggal, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta kenamaan lain.

Dalam pada itu, Zahari turut memaklumkan, menerusi konvoi jelajah tersebut, pihaknya turut menjalankan Ziarah Kasih sebuah keluarga yang memerlukan perhatian di Taman Cempaka 2 untuk menerima bantuan kebajikan.

“Untuk Ziarah Kasih ini pula kita bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyerahkan kad bantuan serta bantuan bulanan bagi penjagaan ahli keluarga yang sakit.

“Keluarga itu memerlukan perhatian apabila si anak merupakan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menjaga bapanya yang sakit terlantar.

“Dengan masa yang singkat pada saya pendekatan menerusi Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat ini wajar diteruskan lagi bagi memastikan golongan yang memerlukan tidak tercicir daripada perhatian Kerajaan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post TOK RAUF PUAS HATI BARISAN EXCO, ADUN BERIKAN KHIDMAT TERBAIK
Next post MASALAH RAKYAT TAK TERLEPAS, WAKIL RAKYAT MELAKA JADI MATA DAN TELINGA