MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih termasuk muzium kendalian Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sempena Sambutan Hari ATM 2026.

Inisiatif bermula 20 September hingga 19 Oktober 2026 itu diperkenalkan Kerajaan Negeri menerusi Skim MeSRa Pelancongan di bawah Bajet Negeri Melaka 2026, sebagai penghargaan kepada warga ATM.

Pengurus PERZIM Erne Hamsah berkata, bagi produk pelancongan PERZIM, anggota ATM boleh memilih sama ada Muzium Istana Kesultanan Melaka atau Muzium Hang Tuah Centre.

“Sementara itu suami, isteri atau anak-anak warga ATM ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi kemasukan ke lokasi pelancongan terpilih sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan berkenaan boleh ditebus dengan hanya menunjukkan kad kerja ketika mendapatkan tiket di lokasi terpilih.

Menurutnya, tempoh penebusan selama sebulan itu memberi ruang kepada anggota ATM merancang kunjungan bersama keluarga pada masa yang bersesuaian.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada anggota ATM dan keluarga meluangkan masa bersama sambil mengenali sejarah serta warisan Melaka.

“Kemudahan ini selari dengan usaha memperluas akses masyarakat kepada produk pelancongan dan sejarah negeri menerusi pendekatan lebih dekat dengan komuniti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

666
Kongsi :
Previous post LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
Next post 10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH