DULU 30 MINIT, KINI BAWAH 10 MINIT LALU DURIAN TUNGGAL

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

DURIAN TUNGGAL 24 September – Dilema penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal yang berdepan kesesakan luar biasa kini berakhir apabila inisiatif penyuraian trafik dilaksanakan kini melancarkan perjalanan mereka.

Isu membelenggu pengguna sejak sekian lama itu berjaya diatasi dengan pembinaan bulatan yang lebih berkenaan dalam membantu kelancaran trafik.

Lebih ketara, apabila tempoh perjalanan sebelum ini boleh mengambil masa sehingga 30 minit kini dapat dipendekkan kepada kurang 10 minit sahaja.

Penduduk Taman Merak Emas, M David, 57, berkata perubahan itu amat dirasai penduduk, terutama mereka yang menggunakan laluan berkenaan untuk ke pekan Durian Tunggal bagi menjalankan urusan harian.

“Dulu kita nak keluar pergi pekan Durian Tunggal, dua tiga kali fikir sebab jem teruk. Sekarang dah ada bulatan baharu ini, pergerakan jadi lebih cepat.

“Sebelum ini ambil masa setengah jam, sekarang tak sampai 10 minit dah boleh lalu. Memang senang hati nak keluar sekarang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, kelancaran trafik berkenaan bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan, malah memberikan lebih keselesaan kepada penduduk yang sebelum ini terpaksa berdepan kesesakan ketika melalui laluan berkenaan.

Katanya, keadaan baharu itu turut memudahkan pergerakan keluar masuk penduduk di kawasan perumahan berhampiran, khususnya pada waktu melakukan urusan harian.

Pembinaan bulatan berkenaan juga menjadikan pergerakan trafik di kawasan terbabit lebih teratur, sekali gus memberi pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada penduduk dan pengguna jalan raya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1090
Kongsi :
Previous post JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN RAKYAT, SUBURKAN PERPADUAN
Next post INTEGRITI, AMANAH JADI TERAS WARGA MAIM