
Mujur bomba datang
JOHOR BAHRU 30 Jan. – Seorang bapa berdepan detik cemas apabila dua anak perempuannya terperangkap di dalam kereta yang diletak di hadapan sebuah kedai di Jalan Pulai Perdana, Taman Pulai Perdana, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, seramai 10 anggota bersama satu jentera digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.37 petang.
Beliau berkata bapa berumur lingkungan 40-an itu difahamkan meninggalkan kedua-dua anaknya yang berumur lima dan enam tahun terbabit di dalam kenderaan pacuan empat roda itu untuk ke tandas.
“Menurut bapa terbabit, dia telah meminta seorang daripada anaknya mengunci kereta sebelum dia meninggalkan mereka.
“Menurut bapa itu lagi seorang daripada anaknya juga pandai membuka pintu kereta tetapi sebaik kembali ke kenderaan dia mendapati kedua-dua anaknya tertidur,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Riduan berkata sebaik sahaja pihak bomba memulakan operasi untuk membuka pintu kenderaan dengan menggunakan peralatan khas, seorang daripada kanak-kanak terbabit tersedar lalu terus membuka pintu.
Beliau berkata kedua kanak-kanak itu diserahkan kepada bapa mereka dalam keadaan selamat dan operasi terbabit tamat pada 5.56 petang.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ZAHID JANJI PERLUAS TVET UNTUK ANAK MUDA MELAKA
AYER KEROH 25 Oktober - Barisan Nasional (BN) berjanji memperluas pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) bagi membuka lebih...
PRN MELAKA: ‘NILAILAH SAYA BERDASARKAN PRESTASI, HASIL KERJA’ – MOHD NOOR HELMY
AYER KEROH 25 Oktober - Rekod prestasi dan hasil kerja menjadi taruhan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: ZAHID PUJI KEJAYAAN AB RAUF PACU KEMAJUAN MELAKA
AYER KEROH 25 Oktober - Pencapaian ekonomi, pelaburan dan pelancongan Melaka sepanjang pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
PRN MELAKA: BN GUGUR LAPAN PENYANDANG DUN TERMASUK TIGA EXCO
AYER KEROH 25 Oktober - Barisan Nasional (BN) melakukan perubahan dalam barisan calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
BN BAWA PELBAGAI KEMAJUAN UNTUK MELAKA
AYER KEROH 25 Oktober - Rekod pelaburan tertinggi dalam tempoh 22 tahun, pertumbuhan ekonomi, pengukuhan kebajikan serta pembangunan pendidikan dan...
PRN MELAKA: CALON BN DUN LENDU BERGEGAS KE LOKASI POKOK TUMBANG, PRIHATIN NASIB TIGA MANGSA
AYER KEROH 25 Oktober - Keprihatinan terhadap nasib rakyat terus menjadi keutamaan apabila calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan...
