PASAR BESAR MELAKA SENTRAL BUKA PELUANG LEBIH LUAS UNTUK PENIAGA

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PENGKALAN BATU 27 September – Cadangan pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral kini berada pada peringkat Kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos di bawah Kementerian Ekonomi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tertakluk kepada proses tersebut, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjangkakan tender bagi projek itu dibuka pada Disember 2026.

“Mengikut perancangan semasa, pasar baharu ini berkeluasan 8,755.43 meter persegi, dengan lebih 282 lot ruang niaga, tapak promosi dan medan selera.

“Tempoh pembinaannya dianggarkan satu tahun lapan bulan dan apabila siap kelak akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 pengunjung,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jualan Melaka Sayang Rakyat Sempena Program Melaka Bila Larut Malam Tahun 2026 di Pasar Besar MBMB, Bachang, di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat @Limat, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Ab Rauf berkata, usaha itu adalah antara langkah diusahakan Kerajaan Negeri untuk menyediakan sebuah ruang niaga lebih baik, tersusun dan mampu membuka peluang lebih luas kepada para peniaga pada masa hadapan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

192
Kongsi :
Previous post KERAJAAN SEMENTARA BUKAN ALASAN PERLAHANKAN LANGKAH LAKSANAKAN AMANAH RAKYAT