
PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI TARIK AR-RAHNU X’CHANGE BERTAPAK DI MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Oktober – Melaka menjadi negeri pertama di luar Lembah Klang yang dipilih Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) untuk memperluaskan operasi Ar-Rahnu X’Change, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap potensi ekonomi negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pemilihan Melaka itu menjadi satu lagi isyarat positif terhadap keyakinan sektor perniagaan untuk bertapak, melabur dan berkembang di negeri ini.
“Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, tetapi kita tidak pernah kecil dari segi peluang dan potensi.
“Sebab itu setiap keyakinan untuk bertapak, melabur dan berkembang di negeri ini kita sambut dengan tangan terbuka selagi ia mampu mencipta nilai kepada ekonomi, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan serta membawa manfaat kepada rakyat Melaka,โ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ar-Rahnu XโChange Cawangan Cheng Perdana di Taman Desa Cheng Perdana, di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat dan Pengerusi Rakyat Management Service Sdn Bhd, Mohd Jafri Kudus.
Sementara itu, beliau berkata, prestasi Ar-Rahnu X’Change Cawangan Cheng Perdana sejak mula beroperasi pada 3 Mei lalu turut memberikan gambaran terhadap permintaan perkhidmatan berkenaan di Melaka.
โSejak mula beroperasi pada 3 Mei sehingga September 2026, sebanyak 1,028 akaun gadaian melibatkan 446 pelanggan telah direkodkan dengan nilai pembiayaan mencecah RM11.23 juta.
“Pertumbuhan kawasan kediaman dan kegiatan komersial di Melaka turut mendorong permintaan terhadap perkhidmatan kewangan yang lebih dekat, mudah dicapai dan diyakini masyarakat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


