BELANJAWAN 2027: SUNGAI RAMBAI BAKAL MILIKI BALAI POLIS BAHARU

Masa Membaca:50 Saat

KUALA LUMPUR 9 Oktober – Sungai Rambai, Melaka antara tiga lokasi yang dikenal pasti bagi pembinaan balai polis baharu menerusi Belanjawan 2027, sebagai usaha memperkukuh keselamatan dan kehadiran pasukan polis di kawasan berkenaan.

Selain Sungai Rambai, dua lagi lokasi pembinaan balai polis baharu ialah Tanjung Malim, Perak dan Batu Lintang, Sri Aman, Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan RM22 bilion bagi memperkukuh aspek keselamatan dan pertahanan negara.

“Antaranya, sebanyak RM7.1 bilion dikhususkan untuk membeli dan menyelenggara aset-aset angkatan tentera, polis dan badan beruniform di bawah KDN,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa fasiliti baharu turut akan dibina, termasuk Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri di Tanjung Kupang, Johor; Kompleks Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras; serta Pejabat Imigresen di Keningau, Sabah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

343
Kongsi :
Previous post BELANJAWAN 2027: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN NAIK RM200, PELAJAR TINGKATAN 6 DAPAT ELAUN RM2,500
Next post BELANJAWAN 2027: MELAKA NEGERI TUMPUAN PELABURAN, PEMBANGUNAN BAKAT