PRN MELAKA: SITI AISYAH MAHU TERUSKAN MOMENTUM PEMBANGUNAN PENGKALAN BATU

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 25 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood berhasrat untuk menambah baik mutu perkhidmatan kepada penduduk, khususnya melibatkan aspek pembangunan infrastruktur.

Siti Aisyah berkata, pada masa yang sama pelbagai inisitif melibatkan kebajikan dan pembangunan dilaksanakan sebelum ini yang sudah terbukti memberikan impak kepada rakyat juga akan diteruskan.

“Kepercayaan diberikan kepada saya untuk mewakili BN di DUN Pengkalan Batu mendorong saya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan serta sokongan kepada saya untuk menggalas cabaran di DUN Pengkalan Batu.

“Usaha meringankan beban rakyat sedia ada kita teruskan, cuma mungkin ada sedikit penambahbaikan daripada segi infrastruktur,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengurusi BN Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, kepimpinan parti dan rakan seperjuangan atas kepercayaan diberikan kepadanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

465
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: AZMAN SEDIA BAWA SUARA RAKYAT SERKAM
Next post PRN MELAKA : AKMAL MAHU PENGUNDI MERLIMAU NILAI REKOD PRN LALU